alat-alat batu zaman paleolitik


      Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Pada zaman ini, masyarakatnya telah menggunakan batu sebagai teknologinya yang dikenali sebagai teknologi alat batu. Alat batu yang dihasilkan terdiri daripada dua jenis secara umumnya,iaitu alat pebel dan alat repeh. Alat repeh merupakan repehan batuan yang digunakan untuk aktiviti kerja yang ringan. Walaupun ia cuma digunakan untuk kerja ringan tetapi ia tetap penting dalam kehidupan masyarakat prasejarah pada zaman Paleolitik. Alat repeh di Asia Tenggara dikatakan bersifat amorfus iaitu tiada bentuk yang tertentu. maka, timbul masalah dari segi fungsi, tipologi dan hubungannya dengan penghasilan alat sekunder.
     Alat repeh merupakan salah satu daripada alat batu yang digunakan oleh masyarakat Prasejarah pada Zaman Batu Lama atau dikenali juga sebagai Zaman Paleolitik. Repehan yang dikeluarkan daripada batu teras hasil daripada ketukan menggunakan batu pemukul telah digunakan untuk memotong, mengikis dan sebagainya dikenali sebagai alat repeh (Andrefsky2006,2008,2009). Repehan yang dihasilkan dengan cara ini dapat dibezakan daripada repehan yang terpecah secara semula jadi berdasarkan kehadiran ciri-ciri seperti bulbar pemukulan, riak dan fisur (Keeley 1974,1980; Semenov 1964). Kajian oleh pengkaji terdahulu seperti Brumm dan Moore(2012)mendapati bahawa alat repeh di Asia Tenggara ini adalah bersifat amorfus iaitu tidak mempunyai bentuk yang tertentu yang boleh menggambarkan fungsinya.Amorfus ini juga diertikan dengan jelaga dank aca yang tiada bentuk tertentu.Fisur membawa maksud rekahan yang terdapat pada batu. Keadaan ini telah menyebabkan para penyelidik percaya bahawa masyarakat Paleolitik di Asia Tenggara agak mundur jika dibandingkan dengan masyarakat Paleolitik di kawasan lain di barat. Ketiadaan bentuk tertentu alat repeh ini telah menyebabkan kesukaran dalam menentukan tipologi atau klasifikasi alat repeh di Asia Tenggara. Para pengkaji di Barat juga, telah mencadangkan pengkelasan alat repeh adalah berdasarkan kepada fungsi sebagai penamaan tipologinya seperti pengikis (Grace1989, 1990). Oleh kerana masalah tipologiini maka Pawlik dan Thissen(2011) telah mencadangkan penggunaan fungsi sebagai satu cara mengelaskan alat repeh. Manakala, Zuraina (1996, 2003) danMokhtar (1997), pula telah mengklasifikasikan alat repeh mengikut kepada morfologi dan teknologi
  Alat repeh ini terdiri daripada pelbagai jenis,alat repeh mengikut bahan asas,saiz,bergerigi,takik,tirus,jenis takik dan jenis tirus,jenis bergerigi dan takik.Alat pebel pula mengikut bahan asas,mata tepi dan saiz. Teknik penghasilan alat repeh di Asia Tenggara kebanyakannya adalah melibatkan teknik secara langsung, tidak langsung dan perapian mata tepi contohnya tapak Kota Tampan (Zuraina1996, 1997). Batu teras dipecahkan ke atas batu pelandas, atau batu teras yang besar dihentam dengan batu pemukul yang besar untuk menghasilkanrepehan. Selain itu, repehan yang terhasil daripada aktiviti semasa membuat alat pebel telah digunakan untuk dijadikan sebagai alat repeh. Alat repeh yang terpilih dengan mata tepi yang tajam akan digunakan untuk pelbagai aktiviti. Sesetengah repehan akan digunakan tanpa pengubahsuaian mata tepi dan terdapat repehan yang memerlukan perapian mata tepi untuk menghasilkan mata tepi yang tajam bagi tujuan aktiviti yang tertentu. Masyarakat lalu telah menggunakan alat seperti tanduk haiwan, dan batu kecil untuk merapikan mata tepi alat repeh. Tapak Mansuli dan Gua Samang Buat mempunyai teknik perapian yang pelbagai seperti perapian secara langsung, songsang, berselang, berselang-seli, dan bifas (Jaffrie2000; Jeffrey2014). Kepelbagaian perapian mata tepi ini menunjukkan teknologi alat repeh dua tapak ini berbeza dengan tapak Paleolitik yang lain.


  



Rujukan:
1.http://journalarticle.ukm.my/13462/1/1-1-1-SM.pdf.
2.http://eprints.usm.my/7838/1/BENGKEL_ALAT_BATU_ZAMAN_PLEISTOSEN_PERTENGAHAN.pdf

Comments