alat-alat batu zaman paleolitik
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Pada zaman ini, masyarakatnya telah menggunakan batu sebagai teknologinya yang dikenali sebagai teknologi alat batu. Alat batu yang dihasilkan terdiri daripada dua jenis secara umumnya,iaitu alat pebel dan alat repeh. Alat repeh merupakan repehan batuan yang digunakan untuk aktiviti kerja yang ringan. Walaupun ia cuma digunakan untuk kerja ringan tetapi ia tetap penting dalam kehidupan masyarakat prasejarah pada zaman Paleolitik. Alat repeh di Asia Tenggara dikatakan bersifat amorfus iaitu tiada bentuk yang tertentu. maka, timbul masalah dari segi fungsi, tipologi dan hubungannya dengan penghasilan alat sekunder. Alat repeh merupakan salah satu daripada alat batu yang digunakan oleh masyarakat Prasejarah pada Zaman Batu Lama atau dikenali juga sebagai Zaman Paleolitik. Repehan yang dikeluarkan daripada batu teras hasil daripada ketukan menggunakan batu pemukul telah di...