Tajuk 4-Prasejarah Indo-Malaysia:Mengikut bahasa


    Rata-rata pengembara moden akan melalui kawasan Indo-Malaysian.Susulan daripada itu,mereka akan cepat membuat pemerhatian di mana di sini terdapat banyak variasi budaya dan ekonomi dan ini tetap benar walaupun impak besar daripada pembangunan moden dan perindustrian adalah diabaikan.Tambahan pula,kawasan ini terdapat kepelbagaian bahasa yang baik,walaupun tiada pengaruh luar untuk menguatkan lagi bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Indonesia(sebenarnya bentuk bahasa yang sama,di mana Melayu ada perbezaan dialek yang kecil).Ini adalah sebagai alasan kukuh untuk membina pra-sejarah terhadap Indo-Malaysia di mana ianya tidak boleh diperolehi daripada data arkeologi sahaja,di mana selalu mereka hadkan semata-mata kepada alat batu dan bahan besi yang lain.
    Secara realitinya,banyak kepentingan dalam pemerhatian hasil daripada perbandingan dan pembelajaran berorientasikan sejarah di lapangan linguistik dan antropologi.Ahli bahasa yang tertentu telah membangunkan  ketepatan teknik mereka dalam menulis kesimpulan berkenaan sejarah bahasa keluarga,dan saya pertimbangkan mana-mana kenyataan umum berkenaan pra-sejarah terhadap kawasan yang dianggarkan berusia 5000 tahun lepas perlu mengambil bukti linguistik ke dalam rekod.Ini sebenarnya untuk kebenaran dalam sesuatu perbincangan terhadap pengembangan populasi manusia.
I.Keluarga Bahasa dalam Asia Tenggara dan Pasifik Barat
     Hampir kesemua manusia di Indo-Malaysia diistilahkan sebagai Austronesian(Wurm and Hattori 1983).Terdapat dua kelompok kecil,iaitu pedalaman orang asli yang dipanggil Aslian di dalam  keluarga ‘Austro-Asiatic’ dan sebilangan penduduk timur Indonesia bercakap bahasa Papuan,satu kumpulan yang ada pelbagai keluarga di tengah-tengah New Guinea.Apabila bercakap kepada prasejarah linguistik Austronesian dan hubungannya dengan keluarga luar,penyelidikan tidak boleh tertumpu kepada Indonesia dan Malaysia sahaja.
   Pengiraan bilangan bahasa Austronesian secara umumnya berubah-ubah sejak 500 ke atas dan ‘Blust’(komunikasi persendirian) ada memberitahu  yang sebenarnya adalah lebih dari 700.Lebih separuh bahasa ini datang dari ‘Oceania’, dari arah timur New Guinea.Manusia yang berbahasa Austronesian diagihkan seperti ini:160 juta Indonesia,14 juta Malaysia,50 juta Filipina,250,000 bagi Taiwan,pedalaman Vietnam 630,000,Madagascar 10 juta dan Oceania sebanyak 1 juta.Kebanyakkan bahasa yang berselerak di kawasan rantau kedua yang luas terang-terangan mempunyai komuniti bahasa yang kecil.
II.Konsep Linguistik
   Dialek adalah bahasa yang berkongsi kosa kata asas yang cukup ,lebih 80%,dengan itu mereka ini saling memahami bahasa.Jika ada di antara mereka ini menyimpang,maka untuk mengekalkan konsep saling memahami itu adalah sukar dan bahasa tersebut akan terpisah.Sudah tentu perpecahan bahasa ini berlaku secara beransur-ansur dan mustahil dapat dikira dalam jangkaan peratusan.
   Bahasa ini juga berpotensi untuk membentuk kumpulan sehingga menjadi keluarga bahasa,seperti Austronesian dan Indo-European.Akar bahasa itu mesti dilihat balik kepada peningkatan penumpuan melalui semua peringkat perubahan manusia.Tetapi untuk perbandingan tujuan sesuatu hubungan bahasa itu perlu membuat pemerhatian dalam fonologi,struktur dan kosa kata  dan apabila bahasa sudahpun berubah-ubah melebihi 10 000 dilihat kurang berkesan pemerhatian tersebut.
Bahasa dalam kelompok keluarga boleh juga sebagai ‘subgroup’,iaitu mana-mana kumpulan bahasa yang sudah melepasi tempoh masa  dalam zaman pembangunan khusus bahasa lain tetapi dalam keluarga bahasa yang sama  sepanjang perubahan linguistik.(Grace 1959).Ahli dalam subkumpulan juga berkongsi  bahasa proto dan entiti dapat dibina semula dengan mengenal pasti asal usul penemuan anak bahasa,,semakin meluas asal usul tersebut,maka bahasa proto zaman sebelumnya lagi dapat ditentukan dan dibina semula.
  Seperti subkumpulan,bahasa proto juga berhierarki mengikut ruang dan masa,di mana salah satu daripadanya sepadan dengan asas kepada keluarga pokok.Bahasa proto yang kecil di luar cawangan Austronesian,(sebagai contoh Proto-Polynesian,Green 1981) boleh menjadi bahasa persendirian atau rantaian dialek dalam banyak keadaan,tetapi bila bergerak ke arah dasar utama dan kembali kepada masa lampau menjadi kompleks dan sukar.
III.Subkumpulan besar Austronesian
1.1-Formosan(tiga kemungkinan cawangan kordinat)
1.2-Malayo-Polynesian(semua bahasa Formosan tambahan mengikut Blust(1982),selain Reid(1982) menyisihkan sebahagian bahasa utara Filipina dari Polynesian Malaysia dan pisahkan ia antara Formosan dan Malayo Polynesian.
2.1- Barat Polynesia-Malay(Filipina,Vietnam,Madagascar,Malaya,Sumatra,Java,Borneo dll)
2.2-Tengah-Timur-Malaysia-Polynesian(3.1 tambah 3.2)
3.1-Tengah Malay-Polynesian(Kurang jauh dari Sunda dari Sumbawa,Maluku kecuali Halmahera.)
3.2.Timur Malay-Polynesian(Selatan Halmahera dan seluruh lautan pasifik bahasa Austronesian,Melanesia,Micronesia dan Polynesia.)
4.1 Selatan Halmahera-Barat New Guinea
4.2 Oceanic(semua bahasa timur Malay-Polynesian kecuali 4.1)


Comments