What is Archaeology
Apa itu arkeologi?Terdapat beberapa
pandangan sarjana yang membuat definisi arkeologi antaranya Grahame Clark di
dalam bukunya 'Archaeology and Society' bermaksud satu pengajaran
sistematik tentang benda-benda kuno sebagai satu alat untuk mengkaji masa
lampau.Clark mengatakan bahawa meski bidang kajian arkeologi tergantung
kepada artifak,mengklasifikasikan dan mengertikan suatu perkembangan
gayanya,arkeologi juga perlu memberikan gambaran lebih luas tentang
bentuk,tekstur dan artistiknya.Sehingga ahli arkeologi itu dapat membezakan
berbagai produk budaya yang terpisah,menentukan tahap perkembangan
sejarahnya.Hal ini kerana dengan mengenal pasti ciri-ciri pada artifak misalnya
membolehkan kita mengenal ketamadunan sesuatu masyarakat.Sebagai contoh,bagaimana
kita boleh membahagikan periodisi zaman lampau seperti zaman
paleolitik,neolitik,mesolitik dan logam kalau bukan dengan membuat kajian
terhadap tekstur tulang dan sebagainya.Bagaimana kita juga mengenal pasti ciri
hidup masyarakat pada zaman prasejarah sedangkan arkeologi berupaya dengan
melihat catatan peristiwa yang berlaku di sesuatu kawasan dan dikaitkan dengan
rekod arkeologi tersebut.
Dalam 'Approach to Archaeology',Stuart
Piggot mengatakan arkeologi merupakan suatu displin yang mempelajari peristiwa
yang tidak disedari dan dibuktikan oleh peninggalan benda-benda yang masih
ada,apakah hasil-hasil kekunoan itu produk dari sesebuah masyarakat dengan
menggunakan catatan tertulis atau tidak bertulis.Di sini jelas memperlihatkan
bahawa bidang arkeologi mempunyai kaitan rapat dengan bidang sejarah.Peristiwa
yang berlaku dan tidak dapat dirungkaikan dapat dijawab dengan kaedah ekskavasi
di tempat yang dianggap menyimpan seribu satu kisah sejarah.Sebagai
contoh,kajian para arkeologi di Bukit Tengkorak, Sabah yang berjaya menemukan
dua tengkorak dan rangka manusia jelas menunjukkan sudah ada penempatan manusia
di kawasan tersebut.Melalui sinilah para sejarawan boleh menjalankan
penyelidikan lanjutan daripada apa yang ditemui mereka.
James Deetz,seorang warga Amerika pula
menganggap arkeologi adalah sebahagian daripada bidang antropologi dalam
bukunya’Invitation to Archaeology’.Menurut
beliau,kita tidak boleh memisahkan antara arkeologi dengan antropologi kerana
kedua-duanya lebih menjurus kepada fizikal manusia itu juga.Kedua-dua bidang
ini juga memudahkan kita mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada seseorang manusia sama ada
warna kulit,usia dan sebagainya.
Bidang arkeologi juga boleh kita lihat pada
senario hari ini apabila kurang diberi perhatian oleh sesetengah pihak
pengurusan kerana aktiviti tersebut membosankan dan tiada apa-apa pulangan
kepada mereka.Kos yang dikeluarkan juga agak tinggi ditambah lagi dengan
perjalanan jauh merentas benua sudah tentu mengancam keselamatan mereka.Kajian
arkeologi ini juga kurang menarik minat para mahasiswa khususnya dalam
mendalami ilmu dan pengalaman dan tidak masyhur dalam kalangan
masyarakat.Namun,harus diakui bahawa bidang arkeologi ini amat penting kepada
negara dan satu-satunya bidang yang kita boleh menganalisis peristiwa dan
kehidupan yang tiada diceritakan dalam sejarah.
References
1.Arkeologi Islam Nusantara by Uka Tjandrasasmita.
Comments
Post a Comment